Monday 27 July 2015

Escape Room Seremban Prima

Baru-baru ini aku menunaikan  hajat anak untuk masuk mencabar diri di dalam Escape Room. Ini adalah hadiah penghargaan kepada Lukhman sebab dapat no.1 dalam peperiksaan pertengahan tahun di dalam kelas. Juga  penghargaan kepada yussuf kerana mendapat no.1 di kalangan kawan lelaki sekelasnya(kalau ikut kedudukan kelas, dia dapat no.8 tapi menurut guru kelasnya, no. 1 hingga 7 tu budak2 perempuan, tu yang bangga sungguh dia sebab terbaik dikalangan kawan2 lelaki kelasnya).

Escape Room merupakan pusat permainan minda yang memberi peluang peserta menguji kebolehan masing-masing dalam mencari cara atau strategi atau petunjuk bagi melepaskan diri dari bilik yang terkunci. Lokasi nya terletak di Tingkat 3 bangunan Seremban Prima.

Selain dari 3 beradik anak-anakku, ada juga peserta jemputan iaitu buddyz mereka Iman dan Muaz.

Kategori bilik dan tahap kesusahan untuk melepaskan diri. Anak-anak aku memilih bilik UP: BON VOYAGE memandangkan tahap kesusahan yang paling rendah, 3.


Cara permainan dan peraturan. Mesti melepaskan diri dari bilik yang berkunci dalam tempoh masa 45 minit. 

Sedang mendengar arahan pertandingan oleh marshal permainan, Shasha.


Yaeayyy! Menang tempat ketiga dalam cabaran UP: BON VOYAGE dengan catatan masa 43 minit 15 saat. Tak dibenarkan ambil gambar dalam bilik pertandingan.

Props dan kostume disediakan untuk mengambil gambar.




Monday 15 June 2015

Jalan jalan Central Market

Hujung minggu lalu, aku peruntukkan sedikit waktu dan kesempatan untuk melayan puteri ku yang seorang, berjalan-jalan menunaikan hajatnya menaiki bas dua tingkat. Satu ketika dulu, bas memang merupakan pengangkutan utama aku. Maka menaiki bas bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Namun kini tidak bagi generasi anak-anak ku. Generasi yang ke mana-mana menggunakan kereta, maka menaiki bas adalah suatu yang asing dan mengujakan bagi mereka.















Senyuman gembiranya, tawa riangnya, cukup menjadi hadiah bermakna. Lain kali kita pergi lagi, ya!



Sunday 10 May 2015

Gunung Tahan dan 4 Steps

Trip ke Gunung Tahan dan 4 Steps. Berlangsung pada 29 april hingga 4 mei 2013.


                        


  




 


 


 




 




  


Friday 8 May 2015

Bukit Broga

Melayan anak-anak yang turut sama berminat dengan hobi mendaki. Tapi mereka masih terlalu kecil untuk di bawa ke pendakian yang lebih mencabar. Cukuplah sekadar pendakian santai ke bukit Broga yang hanya setinggi 400 meter sahaja.





Gunung Fansipan, Vietnam

Jauh perjalanan, luas pandangan. Trip pendakian ke Gunung Fansipan, Vietnam. Disember 2013.







Hike and Ride

Selamat datang ke blog aku. Ini lah duniaku. Mendaki gunung merupakan hobiku sejak remaja. Menunggang motor adalah impianku sejak remaja. Blog ini adalah untuk mengenang dan mengumpulkan segala kenangan perjalanan dan sedikit catatan tentang minat ku ini.