Monday 27 July 2015

Escape Room Seremban Prima

Baru-baru ini aku menunaikan  hajat anak untuk masuk mencabar diri di dalam Escape Room. Ini adalah hadiah penghargaan kepada Lukhman sebab dapat no.1 dalam peperiksaan pertengahan tahun di dalam kelas. Juga  penghargaan kepada yussuf kerana mendapat no.1 di kalangan kawan lelaki sekelasnya(kalau ikut kedudukan kelas, dia dapat no.8 tapi menurut guru kelasnya, no. 1 hingga 7 tu budak2 perempuan, tu yang bangga sungguh dia sebab terbaik dikalangan kawan2 lelaki kelasnya).

Escape Room merupakan pusat permainan minda yang memberi peluang peserta menguji kebolehan masing-masing dalam mencari cara atau strategi atau petunjuk bagi melepaskan diri dari bilik yang terkunci. Lokasi nya terletak di Tingkat 3 bangunan Seremban Prima.

Selain dari 3 beradik anak-anakku, ada juga peserta jemputan iaitu buddyz mereka Iman dan Muaz.

Kategori bilik dan tahap kesusahan untuk melepaskan diri. Anak-anak aku memilih bilik UP: BON VOYAGE memandangkan tahap kesusahan yang paling rendah, 3.


Cara permainan dan peraturan. Mesti melepaskan diri dari bilik yang berkunci dalam tempoh masa 45 minit. 

Sedang mendengar arahan pertandingan oleh marshal permainan, Shasha.


Yaeayyy! Menang tempat ketiga dalam cabaran UP: BON VOYAGE dengan catatan masa 43 minit 15 saat. Tak dibenarkan ambil gambar dalam bilik pertandingan.

Props dan kostume disediakan untuk mengambil gambar.




No comments:

Post a Comment