Monday, 15 June 2015

Jalan jalan Central Market

Hujung minggu lalu, aku peruntukkan sedikit waktu dan kesempatan untuk melayan puteri ku yang seorang, berjalan-jalan menunaikan hajatnya menaiki bas dua tingkat. Satu ketika dulu, bas memang merupakan pengangkutan utama aku. Maka menaiki bas bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Namun kini tidak bagi generasi anak-anak ku. Generasi yang ke mana-mana menggunakan kereta, maka menaiki bas adalah suatu yang asing dan mengujakan bagi mereka.















Senyuman gembiranya, tawa riangnya, cukup menjadi hadiah bermakna. Lain kali kita pergi lagi, ya!